Erti Habbatus Sauda

Armenia = Shoushma
Estonia = Mustkoomen
India = Kalounji
Inggris = Nigella, love in a mist. Fennel Flower, Onion Seed.
Italia = Nigella
Jerman = Zwibelsame, Schwarzkummel
Kanada = Korijigi
Norwegia = Svartkave
Perancis = cheveux de venus, Aligelle
Rusia = Chamustika
Spanyol = Niguilla, Pasionara
Tamil = Karun Jiragam
Turki = Corekotu Siyah
Melayu : Jintan Hitam
Habbatus
Sauda ialah sejenis tumbuhan yang banyak didapati di kawasan
Mediterranean dan di kawasan yang beriklim gurun. Banyak kajian telah
dijalankan. Bagaimanapun kebanyakkannya ditulis di dalam Bahasa Arab,
oleh itu pendedahan terhadap dunia antarabangsa tidak banyak dibuat.
Habbatus
Sauda digunakan secara tradisional untuk beberapa keadaan seperti untuk
menghasilkan kulit muka yang cerah, membantu merawat batuk dan asma,
kencing manis, selsema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah
untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah,
mengurangkan kolesterol, merawat batu karang dan sebagainya.
Nabi
Muhammad S.A.W. bersabda dalam Hadisnya yang dikutip dari kitab Ash
Shahihain ”Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat
sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)”
(HR.Bukhari, Muslim)
Ibnu
Sina di dalam bukunya Canon of Medicine menyatakan Habbatus Sauda merangsang tenaga dan membantu pemulihan kepenatan dan semangat.
Ibnu
Qayyim di dalam bukunya Medicine of the Prophet menyatakan Habbatus
Sauda berupaya memulihkan penyakit-penyakit seperti batuk, bronchitits,
masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit
senggugut dan haid yang lain, menambah susu badan, menambah pengaliran
air liur dan sebagainya.
Dr Ahmad Elkadi pula membuat kajian dan mendapati Habbatus Sauda mempertingkatkan daya tahan sakit (immune system).
Antara
bahan-bahan yang ada di dalam Habbatus Sauda ialah Fixed Oil (saturated dan
unsaturated), Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone,
limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino.
salam
ReplyDeleteAssalamualaikum semua nk kongsi boleh jika ada sakit : -
ReplyDelete• kanser tahap 1 2 3 dan 4 dah ada bnyak testimoni dan herba ini jugak sesuai untuk pesakit yang sedang melakukan kimo untuk tmbah selera makan,platelet darah dan rambut tidak gugur seperti pesakit yang buat kimo, cerdas boleh memasak dan jalan-jalan walau baru sehari kimo.
• Darah tinggi
• Masalah saraf dan stroke
• cysts
• Kitaran haid tidak teratur dan iktiar hamil, kerana salah satu punca sukar hamil apabila kitaran haid tidak teratur
dan lain2 penyakit cuba berubat dgn saya mohd zuhairi bin noordin (017 4687570) cuba wasap saya atau call saya..Insya Allah mujarab dan mmpu milik dah bnyk testimoni2 yang dah sembuh tahap 4 dan penyakit2 lain.saya mengunakan pokok2 herba yang terpilih yang penting harga mmpu milik dan berkesan Insya Allah